Followers

Thursday 26 November 2015

ILMU BERHENTI KERJA (Part I)

Assalamualaikum sahabat2.. :)

Pengalaman ini hasil dr plan A dan B yg dicadangkan berdasarkan pengalaman org lain dan direkabentuk untuk persediaan berhenti kerja. Oleh kerana telah kematian suami, saya dan kami telah menjalankan plan B..Walaubagaimanapun basic2 tersebut adalah terkandung dalam plan2 kami. Ianya adalah seperti berikut... :)

Beberapa ilmu atau panduan sebelum berhenti kerja:
1) Saving 12 bulan dari gaji sekarang tanpa usik.
2) Loan kecil2 seperti kereta-ptptn-peribadi-kad kredit diselesaikan sebelum berhenti kerja.(loan rumah xpe)
3)Cari team dan bahagi tugas [ 3 tahun pertama adlh tahun kritikal].
4) Sebelum berhenti buat cara mcm da berhenti..
    -saving duit gaji-belanja guna duit part time-kalo duit part time da bole cover duit gaji maksudnya bisnes tu kukuh dan duit gaji yg disaving bakal digunakan untuk survival dan mengembangkan perniagaan untuk beberapa bulan setelah berhenti kerja.bila dpt sume ni br la decide amik cuti setahun tanpa gaji.
5)Simpanan terbahagi kpd 2..iaitu a-simpanan survival diri sendiri utk sara idup dan kecemasan  b-simpanan utk operasi bisnes 6-12 bulan.
6)Kaji dasar kerajaan akan datang yang mungkin akan memberi implikasi pada bisnes kita.
7) Pastikan ada Bisnes Plan yg kukuh dan telah merancang bisnes model canvas (ilmu tuan abdul basit).
8) Buat solat taubat-hajat dan istikharah byk2 kali..sehingga Allah bg gerak rasa untuk pilihan kita.Usaha-tawakal dan Yakin + 'kamal yakin' .. Rezeki rahsia Allah.

~salam sayang♥...



Wednesday 18 November 2015

Hasil Baking Buat Sara Umrah 2015

Perjalanan Umrahku bermula dengan tiada persediaan dr segi kewangan...Ketika itu simpanan kerap digunakan untuk kehidupan seharian dan buat menampung kos pembedahan ibuku...Bole dikatakan hampir setiap tahun ibuku akan menjalani pembedahan untuk menyambung nyawanya dengan kos puluhan ribu ringgit.
        Segar dalam ingatan ketika itu akhir bulan Nov 2014 ketika kami digerakkan hati untuk mendaftar diri sebagai tetamu Allah.Oleh kerana ati terlalu mendesak dan meronta ingin ke sana, aku tawakal dgn keyakinan sepenuhnya bahawa Allah pasti membantuku...Aku bermula dengan angan2 bahawa aku sedang solat di hadapan kaabah dan makam Rassulullah...Subhanallah, walaupun angan2, ia terasa real dan aku yakin ia membantu melorongkan aku untuk menunaikan umrah kali pertama dalam hidupku...
         Bermula lah episod mengumpul kewangan dan persediaan ke Umrah..Ketika dalam tempoh tersebut kami  mula menerima pelbagai tawaran dan tempahan sehingga hasil drpd perniagaan baking dapat disimpan untuk umrah...Ingat lagi ketika itu juga ibuku sempat menjalani sebuah lagi operation sebelum kami bertolak...Allah Maha Kaya & Pemurah.Rezeki datang tidak putus2 sehingga kami berjaya membayar jumlah keseluruhan kos untuk Umrah Mac 2015. Dan waktu itu air mata berderai dan berulang2 kali aku sujud syukur kepadaNYA.
         Pada ketika itu arwah suami tidak menghalang niatku pergi bersama ayahku dan kami berjanji akan pergi bersama dgn adam luqman pada tahun berikutnya. Apabila tarikh bertolak semakin hampir, aku mula mengurangkan aktiviti baking kerana ingin menumpukan pada persediaan dalaman untuk perjalanan umrahku.
        Meminta hanya pada DIA.Usaha dan tawakal semata2 kerana DIA. Sentiasa letakkan DIA sebagai tempat pertama untuk segalanya...Insha Allah DIA Maha Menilai dan Maha Mengetahui. Menatap Kaabah adalah sesutu yang tak terungkap....Kiblat seluruh umat islam dan tempat beribadat tertua di dunia -Berada berdekatan dengan makam Rasulullah adalah pengalaman yang menyebakkan.. Tidak terkira jumlah air mata yang tumpah di tanah haram ini.. Subhanallah..Nikmatnya..Pengalaman ini sangat2 bermakna dan memberi kesan mendalam terhadap jiwaku dan seluruh hidupku... 100 hari daripada waktuku berada di Kota Mekah merupakan hari2 terakhir arwah suamiku yang amat kusayangi dan hormati.
         Beberapa peristiwa aneh telah ku lalui sepanjang berada di tanah haram.Amat2 bersyukur kerana terpilih. Ianya tersimpan kemas dalam memori dan kini aku bersedia berkongsi kerana insha Allah dengan harapan ia dijadikan inspirasi @ tauladan @titik perubahan pada mereka yang memerlukan..Semoga perkongsianku ini memberi manfaat di dunia dan akhirat..aamiin...Insha Allah akan di sambung pada entri akan datang..Assalamualaikum wbt....
~salam sayang.....
      
Perkongsian pemandangan Kaabah yg indah dan makam Rasulullah SAW....








Monday 9 November 2015

KISAH DOA DIKOTA MEKAH (Part I)

[Kisah Doa di Kota Mekah]
-----------------------------------------------------------
Aku berangan nak jejakkan kaki ke tanah haram seingat aku sejak berumur 10tahun.Oleh krn kami dr latarbelakang keluarga yg biasa2 je jadi mmg tak mampu.Tapi Allah hanya izinkan aku pergi pd umur 34thn & setelah 2x percubaan gagal...2 kali sebelum itu gagal krn duit di curi dan tak bersedia.Kali ke-3 dijemput slps berdoa setelah difitnah.Skrg br aku phm knapa dulu aku xdapat pergi :)...Dan kali ni aku pergi guna duit hasil drpd jualan kek.. dan tesenarai dlm slh 1 doa pd 4 thn lps dlm kelas RKMJ.
Saat pertama berjalan nak menatap & menghampiri ‪#‎Kaabah‬~peluh sejuk, berdebar2 dan perasaan indah yg istimewa ibarat org yg sedang dilamun cinta...:) tak keruan... sungguh istimewa perasaan tu... dan saat itulah aku sedar bhwa aku di lamun cinta di kota mekah~tanah haram-Cinta Pandang Pertama...perasaanku ibarat kota mekah tu aku yang punya~taknak balik.hehe... tp teringat suami (yg msh ada ketika itu) dan anak...aku mula mencari jalan dan alasan nk bermastautin kat tanah haram... oleh kerana terjatuh cinta...aku 'terdoa'...Anda nak tau apa terjadi selepas tu??
1) Allah hantar seorg wanita arab ber abaya dan berniqab mendampingiku seharian di dlm masjidil haram~menceritakan perihal kota mekah dr A-Z..dr sifat lelaki arab-polisi kerajaan arab-bagaimana nk duduk di tanah arab-makanan arab-sekolah dan segalanya-aku tak tanya tp dia yg cerita....Wanita misteri itu sempat membuka niqabnya dan subhanallah mmg sgt cantik...
ke 2) Allah gerakkn kakiku ke kedai kek di bwh bangunan ini dimana slps berkenalan dgn ownernya beliau menawarkan aku sbg rakan kongsi dan visa kerja khas dan menetap di tanah haram.Kedai berdepan dgn masjidil haram.Subhanallah..speechless.. sape tak nak? ibarat mengantuk disorongkan bantal.. :)
(Adakah aku menerima tawarannya dan apa yg terjadi selepas itu...nantikan sambungan di KISAH DOA DIKOTA MEKAH Part II )..
~salam sayang....