Followers

Wednesday 18 November 2015

Hasil Baking Buat Sara Umrah 2015

Perjalanan Umrahku bermula dengan tiada persediaan dr segi kewangan...Ketika itu simpanan kerap digunakan untuk kehidupan seharian dan buat menampung kos pembedahan ibuku...Bole dikatakan hampir setiap tahun ibuku akan menjalani pembedahan untuk menyambung nyawanya dengan kos puluhan ribu ringgit.
        Segar dalam ingatan ketika itu akhir bulan Nov 2014 ketika kami digerakkan hati untuk mendaftar diri sebagai tetamu Allah.Oleh kerana ati terlalu mendesak dan meronta ingin ke sana, aku tawakal dgn keyakinan sepenuhnya bahawa Allah pasti membantuku...Aku bermula dengan angan2 bahawa aku sedang solat di hadapan kaabah dan makam Rassulullah...Subhanallah, walaupun angan2, ia terasa real dan aku yakin ia membantu melorongkan aku untuk menunaikan umrah kali pertama dalam hidupku...
         Bermula lah episod mengumpul kewangan dan persediaan ke Umrah..Ketika dalam tempoh tersebut kami  mula menerima pelbagai tawaran dan tempahan sehingga hasil drpd perniagaan baking dapat disimpan untuk umrah...Ingat lagi ketika itu juga ibuku sempat menjalani sebuah lagi operation sebelum kami bertolak...Allah Maha Kaya & Pemurah.Rezeki datang tidak putus2 sehingga kami berjaya membayar jumlah keseluruhan kos untuk Umrah Mac 2015. Dan waktu itu air mata berderai dan berulang2 kali aku sujud syukur kepadaNYA.
         Pada ketika itu arwah suami tidak menghalang niatku pergi bersama ayahku dan kami berjanji akan pergi bersama dgn adam luqman pada tahun berikutnya. Apabila tarikh bertolak semakin hampir, aku mula mengurangkan aktiviti baking kerana ingin menumpukan pada persediaan dalaman untuk perjalanan umrahku.
        Meminta hanya pada DIA.Usaha dan tawakal semata2 kerana DIA. Sentiasa letakkan DIA sebagai tempat pertama untuk segalanya...Insha Allah DIA Maha Menilai dan Maha Mengetahui. Menatap Kaabah adalah sesutu yang tak terungkap....Kiblat seluruh umat islam dan tempat beribadat tertua di dunia -Berada berdekatan dengan makam Rasulullah adalah pengalaman yang menyebakkan.. Tidak terkira jumlah air mata yang tumpah di tanah haram ini.. Subhanallah..Nikmatnya..Pengalaman ini sangat2 bermakna dan memberi kesan mendalam terhadap jiwaku dan seluruh hidupku... 100 hari daripada waktuku berada di Kota Mekah merupakan hari2 terakhir arwah suamiku yang amat kusayangi dan hormati.
         Beberapa peristiwa aneh telah ku lalui sepanjang berada di tanah haram.Amat2 bersyukur kerana terpilih. Ianya tersimpan kemas dalam memori dan kini aku bersedia berkongsi kerana insha Allah dengan harapan ia dijadikan inspirasi @ tauladan @titik perubahan pada mereka yang memerlukan..Semoga perkongsianku ini memberi manfaat di dunia dan akhirat..aamiin...Insha Allah akan di sambung pada entri akan datang..Assalamualaikum wbt....
~salam sayang.....
      
Perkongsian pemandangan Kaabah yg indah dan makam Rasulullah SAW....








No comments: