Followers

Friday 31 July 2015

Kata-kata Aluan -SAAT DI UJI-

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera....
            Alhamdulillah...akhirnya terlaksana jua impian untuk memiliki blog sendiri dari awal tahun.walaupun agak terlambat dari jadual asal tapi yg penting ia termakbul...        
          'Saat Di Uji' adalah hasil nukilan dalaman yang ingin di kongsi agar di jadikan rujukan-panduan dan sempadan dalam meniti kehidupan di dunia yang fana ini... 1 kisah dr berjuta manusia yg melalui ujian yang sama tetapi jalan cerita yang berbeza.... semoga ia memberi manfaat pada mereka2 yang memerlukan 'makanan jiwa' dalam meniti hari menghabiskan sisa2 masa di dunia ini...
           Perkongsian ini adalah lahir dari hati tanpa mengharapkan simpati agar saudara2 ku lebih menghargai insan2 tersayang di sisi dalam mencari keredhaan Ilahi...
           Seringkali... kita kurang mengerti bila disebut 'buat sesuatu kerana Allah' . Tercari2 definisi untuk menghayati dan ucapan di bibir tidak selari dengan di hati .Kenapa saya berani berkata demikian...kerana kita manusia yang mudah lupa dan sentiasa perlukan 'makanan jiwa' agar sentiasa segar bertenaga dalam memburu cinta Ilahi.
           Berjumpa kita di entri seterusnya...
salam sayang~ Emy ♥
         

Wednesday 29 July 2015

Pengalaman Umrah 2015 - PART 1- Tetamu Allah- Jemputan yang Tidak Di Sangka2...Ketika tidak bersedia dari sudut kewangan...

Menjadi tetamu Allah adalah impian setiap umat islam...akhir Mac 2015 telah tertulis aku dan ayahku di jemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah wajib kami kali pertama. Allahuakhbar..berita yang aku terima dengan penuh kesyukuran kerana akhirnya aku berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci. Air mata kegembiraan sentiasa mengalir 5 bulan sebelum berangkat.

             Ingin ku kongsi rentetan beberapa bulan sebelum perjalanan umrahku.... Sebenarnya ketika itu aku langsung tidak bersedia dengan kewangan untuk mengerjakan umrah.Allah Maha Besar. DIA Maha mengkabulkan sesuatu walaupun kadang2 apa yang berlaku tidak masuk logik akal.

             Beberapa bulan sebelum aku menerima berita aku akan menunaikan umrah - Aku telah difitnah. Aku kategorikan ia sebagai fitnah kerana seseorang yang amat kusayangi dan hormati telah menyampaikan sesuatu yang telah di ubah dan di tokok tambah kepada kedua orang tuaku.. Akibatnya amat perit kerana keduanya telah berkata sesuatu yang meruntun jiwaku...dan ia juga membuatkan pertengkaran pertama  arwah suamiku dan aku hingga hampir membawa kepada perceraian...Allahuakahbar... didalam kesedihan itu lah aku telah berdoa...Aku percaya hasil doa ketika itu lah aku telah dijemput menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah...

              Ketika dalam keadaan teraniaya itu aku berserah bulat2 kepadaNYA...Aku juga berusaha memulihkan hubungan ku dengan kedua orang tuaku..alhamdulillah..kebenaran perlahan2 terserlah. Allah Maha Besar. Konflik bersama arwah suami juga selesai apabila masing2 tersedar dari perasaan marah. Kami amat menyayangi antara 1 sama lain.Mana mungkin kami nak berpisah! Kepada yang berkenaan...jika membaca entriku ini...aku telah maafkan beliau dan beliau dari sudut hati yang paling dalam ...Terima kasih kerana telah menjadi perantara dari Allah untuk mengujiku. Kita masih bersaudara hingga akhirat dan jangan jauhkan diri dariku kerana aku langsung tidak menyimpan dendam atau marah sebesar hama pun..Malahan aku amat bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Alhamdulillah...

              Hasilnya hubunganku bersama ibubapaku dan suamiku bertambah erat dan kami lebih menghargai antara 1 sama lain....Selain itu, apa yang berlaku telah membuka jalan untukku menjejakkan kaki kali pertama ke Tanah Suci.. Subhanallah....

             Selama 5 bulan Allah bagi aku peluang untuk bersedia dari segi dalaman sebelum bertolak ke tanah suci... Alhamdulillah...aku mengikuti pengajian persediaan dengan baik dan atas inisiatifku sendiri aku telah mengambil kelas tambahan dari ustazah Saenah dalam menyiapkan diri terutama dari sudut dalaman. Pada ku jemputan yang julung2 kali datang ini amat bermakna dan aku sebolehnya nak manfaatkan setiap saatku untukNYA disana. Jika tidak, sia2 saja perjalanan jauhku ini untuk mencari keredhaanNYA..
           
              Arwah telah mengizinkan aku pergi bersama ayahku kerana kami belum bersedia nak pergi bersama atas faktor kewangan...kami merancang biarlah aku pergi dulu dan kami akan pergi bersama membawa adam pada tahun berikutnya... Sedangkan kewangan untuk aku dan ayahku pergi juga kami belum bersedia! Allah Maha Besar. Sebaik2 perancang..Rezeki yang tidak disangka2 tiba ketika kami amat memerlukan .. Alhamdulillah..menitis lagi air mata kerana impian untuk menjejakkan kaki ke kota mekah dah menziarah Rasulullah semakin hampir menjadi kenyataan... Allah.. Allah...memang benar janjiMU.. Meminta hanya padaMU...
          
Sambungan kisahku ketika menunaikan umrah di entri akan datang... nantikan...
Masjid Nabawi

Ayah kesayanganku


Pemandangan dari perjalanan pulang ziarah Rasulullah dan Raudhah

Di bawah kubah hijau ini lah bersemadi jasad Rasulullah SAW.

Pemandangan indah dalam Masjid Nabawi

Pemandangan indah dalam Masjid Nabawi
Bersama ayah ksygn ku ketika di masjidil haram

Ketika berjuang menghampiri hajarul aswad

Ayah kesayanganku

Ziarah tapak asal Masjid Hudaibiyah~tempat Rasulullah buat perjanjian untuk memasuki kota mekah menunaikan umrah setelah di usir ke Madinah

Masjidil haram




Saat Diuji

12 Julai 2015...

      Tarikh keramat yang tidak akan di lupai....Berpisah lah roh dan jasad - suami dan isteri antara hidup dan mati... Itu bukan lah pengakhiran tetapi permulaan bagi sekeping jiwa yang sedang 'mencari'..... Sepanjang umurku 34tahun 8bulan aku mencari... Pada tarikh itu lah jawapan di beri...

     Tiada penyesalan di hati... kupanjat kesyukuran pada Ilahi kerana sudi mendengar suara hati.... Di entri ini akan ku kongsi segala pengalaman dan nukilan hati...agar dapat memberi manfaat pada insan2 yang berkongsi nasib dan juga yang masih tencari2...

     Semoga kisahku ini dijadikan ilmu-tauladan dan sempadan dalam meniti hari2 yang mendatang sementara menunggu giliran untuk di panggil pulang menemui Ilahi... Bukan simpati atau pengiktirafan yang ku harapkan.... semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepadaku di akhirat kelak...

      Kepada individu2 yang bakal di sebut di dalam entri2 ku kelak, aku menyusun jari memohon ampun & maaf andai kata ia kurang di senangi..kerana ini Kisah hidupku yang di lalui dalam perjuangan menagih cinta Ilahi...Insha Allah segala aib akan ku simpan rapi, akan ku tapis dan hanya dikongsi kisah yang benar2 menyentuh hati..... Lahir lah sebuah kisah...KISAH BENAR...yang di beri ilham oleh Nya & di beri nama 'SAAT DI UJI... 

 Salam sayang -Emy-


Customer's Testimony - Memenuhi Citarasa dan Selera




Customer's Testimony - Memang Terbaik!!!





Customer's Testimony - Kek Cantik dan Sedap





Customer's Testimony - Pujian Demi Pujian Untuk Kek




Customer's Testimony - Memang Best!




Customer's Testimony - Kek Cantik





Customer's Testimony - Lovely Cake, Servis Mantap




Customer's Testimony - Memang Cantik dan Sangat Sedap




Customer's Testimony - Enjoy The Day!




Customer's Testimony - Sedap Sangat!




Customer's Testimony - Berbaloi-baloi, Cantik, Sedap




Customer's Testimony - Design Lawa Rasa Sedap


Customer's Testimony - Teacher's Day






Customer's Testimony - Mother's Day





Saturday 25 July 2015

Customer's Testimony - Mother's Day





Dessert

Tempahan Dessert.



Doorgift





Anniversary





Wedding





Engagement




Birthday