Followers

Kenali Emycakeslovette

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

             Emycakes Lovette telah ditubuhkan dan beroperasi pada  2013. Kami di anggotai oleh 2 orang 'cake decorator' iaitu Emy dan Tuty...Kami ni bagai isi dan kuku- tidak dapat di pisahkan..hanya maut la dpt pisahkan... :)

            Kami bermula sebagai 'part time' bakers dan masih lagi part time sehingga sekarang.... Kami mempunyai jawatan tetap di salah sebuah syarikat swasta plastic compound yang kukuh dan terbesar di Johor, dan kami masih lagi memohon pada Ilahi agar di beri peluang dan ilham untuk beroperasi secara 'full time' pada masa akan datang..aamiin.. Doakan ye...

           Perniagaan ini dimulakan kerana minat dan cinta mendalam terhadap bidang bakery serta dekorasi kek selain menyahut seruan sifu yang amat kami hormati dan kasihi iaitu DR. Azizan Osman.Lagipun amat digalakkan kan berkongsi ilmu- ilham dan bakat dengan anda2 semua di luar sana... :)

          Oleh kerana tuty ni agak pemalu orangnya... maka saya hanya kongsi serba sedikit latar belakang saya saja... lagipun yang bertanggungjawab berkomunikasi dengan anda semua adalah saya... Tak kenal maka tak cinta kan...hihi...

         Nama saya Noremy Azura berumur 34 tahun dan kepakaran saya adalah dalam bidang kimia dan kek :) Saya di lahirkan di benut,Johor bersekolah rendah di STMI 1 Pontian, bersekolah menengah di SSP Pontian,Sekolah agama bandar Pontian hingga darjah Khas , menyambung pendidikan tinggi di Pra-Diploma UTM Melaka, kemudian mendapat tawaran matrikulasi UMS dan di terima masuk ke UMS menyambung pengajian ijazah sarjana muda Kimia Industri dan bertugas di Loji air Johor kemudian berpindah dan bertugas selama 12 tahun di syarikat Plastic Compound terbesar di Johor sebagai Ahli Kimia @ Senior Chemist dan QA..

        Kepakaran saya adalah dalam bidang Formulasi dan R&D iaitu penyelidikan2 dan penaiktaraf bahan2 baru disamping pengurusan makmal & ISO.Saya dan tuty juga pakar membuat kek beserta dekorasi yang pelik2.. :). Oleh kerana terlalu gemar membuat eksperimen, saya telah menyalurkan minat tersebut hingga ke rumah dan ke dapur saya..hehe..Minat yang mendalam dalam bidang masakan dan bakery ini telah bermula sejak kecil.Kebetulan pula saya merupakan anak perempuan seorang dalam keluarga, oleh itu dapur adalah hak mutlak saya jika berada di rumah...

       EMYCAKES LOVETTE... ingin saya berkongsi tentang pemilihan nama kami...
Emycakes sempena nama saya dan kek manakala Lovette pula merangkumi kasih sayang pada Pencipta-diri saya-ahli keluarga-rakan2 dan anda semua...

     Tertubuhnya Emycakes Lovette adalah untuk berbakti-berkongsi kek yang sedap-membuatkan hati semua yang memandang kek berasa gembira semata2 untuk mendapat redhaNya...Gembirakan orang lain kan pahala... :) Semoga perkongsian2 saya di dalam blog ini dapat memberi manfaat pada yang memerlukan... Salam sayang- Emycakes Lovette

No comments: