Followers

Monday 9 November 2015

KISAH DOA DIKOTA MEKAH (Part II)

Sambungan kisahku  digerakkan kaki ke kedai kek berhadapan masjidil haram-ditawarkan menjadi rakan kongsi dan menetap di tanah haram yang menjadi impianku....
           Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.... aku berdebar2 sekali lagi dengan apa yg Allah beri...air mata tanpa disedari menitis mengakui ke AgunganNya-Maha mendengar,Maha Menggerak dan Maha Mengkabul ..Terasa diri kerdil sekerdilnya... Dia beri peluang, Dia juga beri ruang untukku berfikir... Dia menghantar wanita arab untuk membuka mindaku dan bersedia....Dengan segala cerita dr wanita arab tersebut aku faham, bahawa arab Saudi bukan Negara sembarangan..Persediaan fizikal, mental dan emosi sangat2 diperlukan dalam mempersiapkan diri untuk bermastautin di tanah haram.
           Aku minta tempoh drpd owner kedai tersebut untuk berfikir..kerana aku mempunyai keluarga kecil dan besar yang perlu di pertimbangkan...Lebih2 lagi suami(arwah) dan anakku yang masih kecil.Masa demi masa berlalu...Tahu tak, sampai sekarang aku masih belum menjawab dan memberi kata putus kepadanya..Hatiku kuat untuk menetap di tanah haram, tapi tanggungjawabku masih belum selesai di tanah tumpah darahku Malaysia tercinta..Sehingga sekarang aku masih memohon agar Allah melorongkan aku melakukan pekerjaan yg memberi manfaat dan kejayaan di dunia & akhirat, membantuku agar aku dapat membantu lebih ramai yang lain serta memberiku petunjuk & jawapan atas tawaran yang diberikan...
             Impianku hanya 1.Mohon aminkan doaku ini agar bila tiba masanya aku dijemput untuk menetap di tanah haram-setiap sisa waktu hidupku akan berpijak di tanah haram Mekah & Madinah~bertugas hanya memberi bantuan pada yang memerlukan ~beribadat dengan aman tanpa memikirkan hal dunia lagi serta berakhir dengan kematian khusnul khotimah ditanah haram.Itu lah matlamatku di dunia fana ini dan syurga tanpa hisab di akhirat nanti..Aamiin....Ntah bagaimana caranya aku nak dapatkannya..hanya berusaha dan serah padaNya.Aamiin...Semua ini ada kaitan dengan perniagaan kek yang sedang aku perjuangkan sekarang...Mudah2an ia menjadi jambatan yang akan memperhubungkan aku dengan Kota Cinta itu. Aamiin.....Subhanallahwalhamdulillahwalaillahailallahwallahuakhbar....
-Chemistry In Cake-Bake With LoVe-

~salam sayang.......







No comments: