Followers

Thursday 26 November 2015

ILMU BERHENTI KERJA (Part I)

Assalamualaikum sahabat2.. :)

Pengalaman ini hasil dr plan A dan B yg dicadangkan berdasarkan pengalaman org lain dan direkabentuk untuk persediaan berhenti kerja. Oleh kerana telah kematian suami, saya dan kami telah menjalankan plan B..Walaubagaimanapun basic2 tersebut adalah terkandung dalam plan2 kami. Ianya adalah seperti berikut... :)

Beberapa ilmu atau panduan sebelum berhenti kerja:
1) Saving 12 bulan dari gaji sekarang tanpa usik.
2) Loan kecil2 seperti kereta-ptptn-peribadi-kad kredit diselesaikan sebelum berhenti kerja.(loan rumah xpe)
3)Cari team dan bahagi tugas [ 3 tahun pertama adlh tahun kritikal].
4) Sebelum berhenti buat cara mcm da berhenti..
    -saving duit gaji-belanja guna duit part time-kalo duit part time da bole cover duit gaji maksudnya bisnes tu kukuh dan duit gaji yg disaving bakal digunakan untuk survival dan mengembangkan perniagaan untuk beberapa bulan setelah berhenti kerja.bila dpt sume ni br la decide amik cuti setahun tanpa gaji.
5)Simpanan terbahagi kpd 2..iaitu a-simpanan survival diri sendiri utk sara idup dan kecemasan  b-simpanan utk operasi bisnes 6-12 bulan.
6)Kaji dasar kerajaan akan datang yang mungkin akan memberi implikasi pada bisnes kita.
7) Pastikan ada Bisnes Plan yg kukuh dan telah merancang bisnes model canvas (ilmu tuan abdul basit).
8) Buat solat taubat-hajat dan istikharah byk2 kali..sehingga Allah bg gerak rasa untuk pilihan kita.Usaha-tawakal dan Yakin + 'kamal yakin' .. Rezeki rahsia Allah.

~salam sayang♥...



Wednesday 18 November 2015

Hasil Baking Buat Sara Umrah 2015

Perjalanan Umrahku bermula dengan tiada persediaan dr segi kewangan...Ketika itu simpanan kerap digunakan untuk kehidupan seharian dan buat menampung kos pembedahan ibuku...Bole dikatakan hampir setiap tahun ibuku akan menjalani pembedahan untuk menyambung nyawanya dengan kos puluhan ribu ringgit.
        Segar dalam ingatan ketika itu akhir bulan Nov 2014 ketika kami digerakkan hati untuk mendaftar diri sebagai tetamu Allah.Oleh kerana ati terlalu mendesak dan meronta ingin ke sana, aku tawakal dgn keyakinan sepenuhnya bahawa Allah pasti membantuku...Aku bermula dengan angan2 bahawa aku sedang solat di hadapan kaabah dan makam Rassulullah...Subhanallah, walaupun angan2, ia terasa real dan aku yakin ia membantu melorongkan aku untuk menunaikan umrah kali pertama dalam hidupku...
         Bermula lah episod mengumpul kewangan dan persediaan ke Umrah..Ketika dalam tempoh tersebut kami  mula menerima pelbagai tawaran dan tempahan sehingga hasil drpd perniagaan baking dapat disimpan untuk umrah...Ingat lagi ketika itu juga ibuku sempat menjalani sebuah lagi operation sebelum kami bertolak...Allah Maha Kaya & Pemurah.Rezeki datang tidak putus2 sehingga kami berjaya membayar jumlah keseluruhan kos untuk Umrah Mac 2015. Dan waktu itu air mata berderai dan berulang2 kali aku sujud syukur kepadaNYA.
         Pada ketika itu arwah suami tidak menghalang niatku pergi bersama ayahku dan kami berjanji akan pergi bersama dgn adam luqman pada tahun berikutnya. Apabila tarikh bertolak semakin hampir, aku mula mengurangkan aktiviti baking kerana ingin menumpukan pada persediaan dalaman untuk perjalanan umrahku.
        Meminta hanya pada DIA.Usaha dan tawakal semata2 kerana DIA. Sentiasa letakkan DIA sebagai tempat pertama untuk segalanya...Insha Allah DIA Maha Menilai dan Maha Mengetahui. Menatap Kaabah adalah sesutu yang tak terungkap....Kiblat seluruh umat islam dan tempat beribadat tertua di dunia -Berada berdekatan dengan makam Rasulullah adalah pengalaman yang menyebakkan.. Tidak terkira jumlah air mata yang tumpah di tanah haram ini.. Subhanallah..Nikmatnya..Pengalaman ini sangat2 bermakna dan memberi kesan mendalam terhadap jiwaku dan seluruh hidupku... 100 hari daripada waktuku berada di Kota Mekah merupakan hari2 terakhir arwah suamiku yang amat kusayangi dan hormati.
         Beberapa peristiwa aneh telah ku lalui sepanjang berada di tanah haram.Amat2 bersyukur kerana terpilih. Ianya tersimpan kemas dalam memori dan kini aku bersedia berkongsi kerana insha Allah dengan harapan ia dijadikan inspirasi @ tauladan @titik perubahan pada mereka yang memerlukan..Semoga perkongsianku ini memberi manfaat di dunia dan akhirat..aamiin...Insha Allah akan di sambung pada entri akan datang..Assalamualaikum wbt....
~salam sayang.....
      
Perkongsian pemandangan Kaabah yg indah dan makam Rasulullah SAW....








Monday 9 November 2015

KISAH DOA DIKOTA MEKAH (Part I)

[Kisah Doa di Kota Mekah]
-----------------------------------------------------------
Aku berangan nak jejakkan kaki ke tanah haram seingat aku sejak berumur 10tahun.Oleh krn kami dr latarbelakang keluarga yg biasa2 je jadi mmg tak mampu.Tapi Allah hanya izinkan aku pergi pd umur 34thn & setelah 2x percubaan gagal...2 kali sebelum itu gagal krn duit di curi dan tak bersedia.Kali ke-3 dijemput slps berdoa setelah difitnah.Skrg br aku phm knapa dulu aku xdapat pergi :)...Dan kali ni aku pergi guna duit hasil drpd jualan kek.. dan tesenarai dlm slh 1 doa pd 4 thn lps dlm kelas RKMJ.
Saat pertama berjalan nak menatap & menghampiri ‪#‎Kaabah‬~peluh sejuk, berdebar2 dan perasaan indah yg istimewa ibarat org yg sedang dilamun cinta...:) tak keruan... sungguh istimewa perasaan tu... dan saat itulah aku sedar bhwa aku di lamun cinta di kota mekah~tanah haram-Cinta Pandang Pertama...perasaanku ibarat kota mekah tu aku yang punya~taknak balik.hehe... tp teringat suami (yg msh ada ketika itu) dan anak...aku mula mencari jalan dan alasan nk bermastautin kat tanah haram... oleh kerana terjatuh cinta...aku 'terdoa'...Anda nak tau apa terjadi selepas tu??
1) Allah hantar seorg wanita arab ber abaya dan berniqab mendampingiku seharian di dlm masjidil haram~menceritakan perihal kota mekah dr A-Z..dr sifat lelaki arab-polisi kerajaan arab-bagaimana nk duduk di tanah arab-makanan arab-sekolah dan segalanya-aku tak tanya tp dia yg cerita....Wanita misteri itu sempat membuka niqabnya dan subhanallah mmg sgt cantik...
ke 2) Allah gerakkn kakiku ke kedai kek di bwh bangunan ini dimana slps berkenalan dgn ownernya beliau menawarkan aku sbg rakan kongsi dan visa kerja khas dan menetap di tanah haram.Kedai berdepan dgn masjidil haram.Subhanallah..speechless.. sape tak nak? ibarat mengantuk disorongkan bantal.. :)
(Adakah aku menerima tawarannya dan apa yg terjadi selepas itu...nantikan sambungan di KISAH DOA DIKOTA MEKAH Part II )..
~salam sayang....



KISAH DOA DIKOTA MEKAH (Part II)

Sambungan kisahku  digerakkan kaki ke kedai kek berhadapan masjidil haram-ditawarkan menjadi rakan kongsi dan menetap di tanah haram yang menjadi impianku....
           Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.... aku berdebar2 sekali lagi dengan apa yg Allah beri...air mata tanpa disedari menitis mengakui ke AgunganNya-Maha mendengar,Maha Menggerak dan Maha Mengkabul ..Terasa diri kerdil sekerdilnya... Dia beri peluang, Dia juga beri ruang untukku berfikir... Dia menghantar wanita arab untuk membuka mindaku dan bersedia....Dengan segala cerita dr wanita arab tersebut aku faham, bahawa arab Saudi bukan Negara sembarangan..Persediaan fizikal, mental dan emosi sangat2 diperlukan dalam mempersiapkan diri untuk bermastautin di tanah haram.
           Aku minta tempoh drpd owner kedai tersebut untuk berfikir..kerana aku mempunyai keluarga kecil dan besar yang perlu di pertimbangkan...Lebih2 lagi suami(arwah) dan anakku yang masih kecil.Masa demi masa berlalu...Tahu tak, sampai sekarang aku masih belum menjawab dan memberi kata putus kepadanya..Hatiku kuat untuk menetap di tanah haram, tapi tanggungjawabku masih belum selesai di tanah tumpah darahku Malaysia tercinta..Sehingga sekarang aku masih memohon agar Allah melorongkan aku melakukan pekerjaan yg memberi manfaat dan kejayaan di dunia & akhirat, membantuku agar aku dapat membantu lebih ramai yang lain serta memberiku petunjuk & jawapan atas tawaran yang diberikan...
             Impianku hanya 1.Mohon aminkan doaku ini agar bila tiba masanya aku dijemput untuk menetap di tanah haram-setiap sisa waktu hidupku akan berpijak di tanah haram Mekah & Madinah~bertugas hanya memberi bantuan pada yang memerlukan ~beribadat dengan aman tanpa memikirkan hal dunia lagi serta berakhir dengan kematian khusnul khotimah ditanah haram.Itu lah matlamatku di dunia fana ini dan syurga tanpa hisab di akhirat nanti..Aamiin....Ntah bagaimana caranya aku nak dapatkannya..hanya berusaha dan serah padaNya.Aamiin...Semua ini ada kaitan dengan perniagaan kek yang sedang aku perjuangkan sekarang...Mudah2an ia menjadi jambatan yang akan memperhubungkan aku dengan Kota Cinta itu. Aamiin.....Subhanallahwalhamdulillahwalaillahailallahwallahuakhbar....
-Chemistry In Cake-Bake With LoVe-

~salam sayang.......







Tuesday 25 August 2015

SAAT DI UJI -Saat Terakhir....

      Dia mengadu sakit dada selepas berbuka puasa...diambilnya tanganku diletakkn di dadanya..dan dia meletakkan kedua tangannya di atas tanganku...dilekap kuat2 didadanya tanpa menyakiti tanganku..terasa mengalir kasih sayangnya & kesakitan yang ditanggungnya...bila ku angkat..diambil lagi tanganku dan diletak ditempat yang sama...Aku mulai risau..kupaksa dia ke hospital..jawapannya..tunggu reda sekejap...ketika itu 8.30pm / 26 Ramadhan / 12 Julai 2015......
         Aku memberikannya tshirt bewarna merah..dan seluar putih...warna kegemaran kami dan pakaian  kesukaannya... manakala aku berjubah hitam dan bertudung hitam.... seakan2 tau akan terjadi sesuatu mlm itu.... aku bergegas ke kereta dan dia berjalan dgn lemah...hatiku sedikit gusar dan hanya menjangka kami ke hospital hanya untuk mendapatkan rawatan dan kembali pulang ke rumah seperti biasa...sempat ku bawa buku Anekdot Madinah tulisan prof kamil kerana ramai yg sudah tau 'waktu menunggu' yg bakal ditempuh di Hospital Sultan Ismail.Syg masaku... smbil tunggu giliran dia dirawat kami bole bincang2 rancangan nak berhijrah ke tanah haram, anganku...
         Tepat kul 9pm kami bertolak ke hospital. Di dalam perjalanan...atiku berdebar kencang dan aku cuba meredakannya dgn menyebut astagfirullahalazzim di dlm hati.....ada sesuatu yang aneh.... sambil memandu ku toleh ke dia dan sebelah tanganku memegang tangannya...dia hanya mengerang kecil... tiada tnda2 kesakitan luar biasa... dan kusempat berpesan padanya.. ' abg, sabar ye...ayg da try bawa laju ni...kalo sakit sangat ingat Allah bang...' ku dengar dia menyebut kalimah Allah berulang2... mengerangnya sangat perlahan...namun sebutan itu amat jelas di telingaku... Allah...Allah...Tiada tuhan yang di sembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Hatiku rasa tidak keruan..seolah ingin ku bawa terbang kereta yang di panduku ketika itu...
           Memasuki HSI hatiku berpaut harapan ketika itu tepat jam 9.30pm...'abg...kita da sampai...sabar ye sayang....' ku pandu selaju yang boleh dan berhenti betul2 di hadapan Emergency... tanpa menoleh ke arah dia, aku buka pintu dan cuba mendapatkan pertolongan...ku jerit pd sesiapa yg ada disitu... 'tolong..bantu suami saya....',jeritku. Aku pergi mendapatkannya...dalam sekelip mata...dia pengsan dan terkulai lemah... aku memeluknya..memangkunya dan mengajar dia mengucap 2 kalimah syahadah lagi.... Allah amat2 membantuku melalui saat2 itu... ntah dari mana dtg ketenangan walaupun hati ibarat di carik2 dgn pisau hingga hancur berkecai..betapa pedihnya...melihat kesayanganku begitu ketika itu....
        Dia dibawa ke bilik emergency dan di kerumuni doktor2.... cuba menyelamatkannya dgn memberikan CPR... segalanya di depan mataku.... apa yg kuingat ketika itu tubuhku amat lemah...dipaut oleh seorang kakak..hamba Allah ntah dtg dr mana...memelukku... aku membaca segala ayat yg terlintas di fikiranku ketika itu...lantas aku ke bilik air mengambil whudu'...
         Selepas itu...aku mula mendail adik iparku untuk memberitahu keadaan suamiku dan meminta ibunya mendoakannya...ketika itu aku sudah tau tiada harapan.... Kerana melihat betapa kelam kabutnya doktor2 berusaha untuk mengembalikannya padaku... Kemudian, pada pukul 10pm seorang Doktor datang kepada ku... mengkhabarkan bahawa dia dlm keadaan nazak...
           Terus aku menundukkan wajahku dan berdoa... 'Ya Allah, aku redha...permudahkanlah urusannya..aku amat menyayanginya dan dia yang Kau telah hantar padaku untuk membawa aku hampir padaMu...kini aku mohon Kau permudahkanlah urusannya, kasihanilah dia....'
            Tepat jam 10.30pm....... Doktor yang sama dtg kembali padaku.... Maaf puan, kami sudah berusaha sedaya upaya...tapi Tuhan lebih menyayanginya.... seorang doktor berbangsa cina yang mengkhabarkan pada ku pemergiannya dari alam fana ini.... Rasminya perpisahan kali kedua dan selamanya buat kami di alam dunia ini....Aku lap air mata yang menitis dan mendekatinya...menatap wajah terakhirnya... begitu mudah dan cepat dia pergi...baru saja siang tadi kami bersama2 pulang dari melawat kakak iparku dan berbelanja makanan raya,barangan kek dan susu adam...rupanya itu kali terakhir dia menunaikan tanggungjawabnya padaku dan anak kami Wan Adam Luqman...
Al-Fatihah.....



Monday 17 August 2015

Price List RM75-RM135






















Wednesday 12 August 2015

PART 15 -SAAT DI UJI- Antara hidup dan Mati....


Antara Hidup dan Mati....
          Dipisahkan hanya satu dinding...
Yang penghuninya tidak akan dapat melintasi...
          Perpisahan mengundang rindu tidak tertanding....

Antara Hidup dan Mati...
            Saat dan harinya tidak diketahui...
Malaikat maut datang melawat setiap hari...
            Kita masih 'slumber' bergembira disini....

Antara Hidup dan Mati....
           Kesalan yang datang tidak berguna lagi...
Masa tidak berputar kembali...
           Menunggu hisab seorang diri....

Antara Hidup dan Mati...
           Hidup ini memperhamba untuk Ilahi..
Bekalan amalan kemudian hari...
           Agar tidak menyesal nanti..

Antara Hidup dan Mati...
           3 perkara yang dibawa si mati..
Sedekah jariah - Ilmu yang bermanfaat & Doa anak yang soleh membantu pasti.....
           Soalan & jawapan bocor Allah beri...

Antara Hidup dan Mati....
           Tepuk dada tanya diri...
Dimanakah tempat kita di sisiNya nanti..
           Peluang masih ada untuk memperbaiki...
  
Antara Hidup dan Mati...



Salam sayang -Emy-


           
           


Monday 10 August 2015

Price List

 Below RM49

















Sunday 9 August 2015

Kelas Kek - Basic Baking Class With Simple Deco

Student Wif Sijil after class

Choc Indulgence Cake

Chocolate Oreo Ice-Cream Cake

Vanilla Strawberry Cake