Followers

Tuesday 4 August 2015

PART 11 - SAAT DI UJI- Kelahiran Putera Tunggal...

   3 OGOS 2011

            Tarikh ini hari yang istimewa buat kami...Tarikh lahirnya putera hati tanda kasih sayang kami suami isteri.....Aku ingat lagi betapa sabarnya arwah menugguku di wad dan bilik bersalin.... di usap2 kepalaku-digosok belakang badanku dan tidak henti menyatakan rasa kasihnya padaku di saat aku menanggung kesakitan...

            Perjuanganku menanggung kesakitan tidak lama..Alhamdulillah.Allah maha adil. Ketika peroses mengandungkan anakku agak mencabar dari orang yang biasa, tetapi DIA memberi aku nikmat kelahiran yang mudah dan lancar...

            Namun demikian, nikmat yang kurasa itu tidak dimengerti oleh suamiku... ku lihat airmatanya bergenang dan menitis.... atiku merasa sayu...

           Tepat 8.40pm , Wan Adam Luqman berjaya keluar dari rahimku.... kami menangis kegembiraan dan kulihat suamiku bersandar di dinding.. sempat ku tanya mengapa...dia menjawab macam nak pitam tengok aku melahirkan...

           Nikmatnya kebahagiaan di saat2 itu amat mendalam dan akan kuhargai sepanjang hayatku... Ya Allah..Kau lah yang memberi dan Kau juga lah yang mengambilnya semula....Semuanya hanya pinjaman saja...

           Aku amat menyayangi suamiku dan aku terima segala kekurangan dan kelebihannya kerana Mu ya Allah... 

            Kami namakan putera kami Wan Adam Luqman...dengan harapan namanya menjadi doa yang meniti di bibir.. -Insan bijaksana yang menjadi contoh dan tauladan- dalam menegakkan Agama Islam. Semoga doa kami makbul... Aamiin...



Wan Adam Luqman & Ayah


No comments: