Followers

Sunday 9 August 2015

PART 15 - SAAT DI UJI- Takdir Yang Kejam

Kisah kami bermula hampir 11 tahun yang lepas.... Perhubungan kami bermula di perkenalkan oleh rakan2. Pada peringkat awal aku tidak sedar langsung kewujudannya.. Dan ketika itu aku malas nak ambil peduli tentang 'lelaki' ini kerana aku pernah di kecewakan oleh bekas tunangku.

              Dia mengambil masa beberapa tahun untuk memikat ku...sehingga akhirnya dengan kesabaran dan kesungguhan yang di tunjukkan membuka hatiku untuk mengikat tali pertunangan dengannya... Ujian mula melanda... Disaat kami merancang untuk persiapan majlis, berlaku salah faham yang pertama dan terbesar antara kami.Pelbagai faktor yang terlibat luaran dan dalaman. Aku yang amat berhati2 memilih pasangan hidup ini telah memutuskan tali pertunangan kami dengan alasan yang aku sendiri mengerti... Aku di lihat sebagai kejam oleh rakan2 kerana dia terlihat sebagai seorang yang amat penyabar dan tidak bersalah... Aku pasrah.Hanya Allah yang Mengetahui. Allah menguji kesungguhan, kesetiaan kami untuk mendirikan rumahtangga... Antara faktor luaran yang tidak pernah diketahui oleh semua ialah hubungan kami yang di ganggu oleh pihak ketiga.. 

              Dia seorang yang mempunyai karisma tersendiri...aku tidak hairan jika ada yang menaruh hati padanya. Tetapi yang aku tidak mengerti ialah pihak ketiga itu membuat pengakuan terhadapnya dan memohon maaf kerana telah meletakkan 'sesuatu' di dalam minumannya dengan tujuan sehingga perbuatan itu berjaya membuatkan hubungan kami putus.Allah Maha Besar. 

              Oleh kerana terlalu kecewa dan kurang sabar, aku telah membuat kesilapan...Aku telah menerima lamaran rakan baik ku...Ketika majlis perkahwinanku, dia yang tidak tahu langsung telah digerakkan hati oleh Allah untuk hadir ke majlis perkahwinanku..... Dia menerima berita yang aku telah berkahwin oleh pakcik ku hingga terduduk.Dia amat kecewa.

               Allah Maha adil. Oleh kerana tindakan ku yang terburu akibat rasa marah itu, perkahwinanku juga bermasalah di dalam tempoh 3 bulan. Ketika itu kami tidak hidup bersama.Dia di Sarawak bertugas dan aku di Johor. Aku di uji lagi.

              Rakan baikku a.k.a suamiku ketika itu mempunyai 'kekasih hati' ketika zaman belajar lagi..Dan jika dia baca entri ku ini, sebenarnya kita hanya sesuai menjadi kawan.Bukan suami isteri. Aku doakan dia bahagia bersama pilihan hatinya hingga ke akhirat.Amin. Hatinya langsung tidak ada pada ku.Aku juga begitu.  Atas dasar simpati saja kami berkahwin dan dlm tempoh 4 bulan selepas perkahwinan dia tidak kembali hingga terjatuhnya taklik.Dan aku berterima kasih padanya kerana akhirnya dia datang menyelesaikan kes perceraian kami.

              Selepas bercerai... dia (arwah) datang semula kepada ku...aku mengambil masa 2 tahun untuk menerimanya semula. Ternyata jodoh kami sudah tertulis.Jodoh kuat. Kami bersama semula sebagai individu yang lebih matang. Lebih menghargai dan mengasihi antara satu sama lain dengan ujian yang telah di lalui.

              Kami bernikah pada 23 Oktober 2010. Alhamdulillah... akhirnya kami hidup tenang dan bahagia...Selepas 2 bulan perkahwinan aku disahkan hamil anak pertama dan tunggal kami.Wan Adam Luqman nama di beri..Dan kami bertiga hidup seperti keluarga2 yang lain...Keluarga kecil yang gembira. Alhamdulillah...Sepanjang perkahwinan kami jarang bertengkar. Bole kira dengan jari.Hanya sekali ketika aku di fitnah oleh seesorang pada ibu dan bapaku. Kalau kami bertengkar pun atas sebab2 tak munasabah seperti berebut sikat, berebut deudoron, berebut bilik air, berebut makanan dan berebut adam. Selain itu,  kami amat tenang dan bahagia.

              Dalam perkahwinan ini lah yang mendidik ku untuk kembali dekat pada Pencipta. Suami yang ku kasihi mengajarku erti sabar, tidak mengeluh, bersangka baik, tidak membazir dan banyak lagi...Aku amat2 bersyukur kerana doa kami di awal perkahwinan termakbul. Di dalam perkahwinan, aku dan dia mencari jalan untuk semakin dekat dengan NYA. Keinginan yang dia nyatakan pada awal perkahwinan kami untuk melihat ku berbaju longgar dan bertudung labuh akhirnya tercapai setahun sebelum dia di jemput pulang oleh pencipta.Alhamdulillah... 

               Perkahwinan kami yang bakal menjangkau 5 tahun pada 23 Oktober ini amat memberi kesan mendalam dalam hidup ku... Selepas ketiadaanya, aku terasa semakin hampir dengan NYA. Ya Allah, sepanjang kami bersama aku hampir terlupa dia hanya pinjaman kepada ku... Kau beri dan Kau juga ambil semula... 

               Takdir memang kejam kepada ku.Tapi kerana kekejaman itu lah yang membuatkan aku hampir kepada MU.Kini baru ku sedar...sesuatu yang aku anggap buruk dan teruk sebelum ini tidak semestinya membawa keburukan padaku... Ianya membawa sejuta RAHMAT dan hanya aku yang mengerti.. Terima Kasih Allah.

                Aku amat merindui arwah suamiku... sangat2 merinduinya... terbayang dia dimana2 saja di rumah kami dan di tempat2 yang kami pergi bersama..Kau uruskan lah rasa rinduku ini Ya Allah..Sampaikan salam rindu ku pada dia..Insha Allah aku akan terus berbakti atas apa saja peluang yang dapat membantunya di sana. Tempatkan roh arwah suamiku di kalangan orang beriman kerana dia telah membawa ku pulang ke pangkal jalan, kerana dia yang berdakwah kepadaku secara halus hingga aku kembali sujud bertaubat nasuha terhadap Mu Ya Allah. Engkau lah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun... Aamiin....
               


No comments: