Followers

Sunday 9 August 2015

Single Mother's Inspiration - 'Iddah perceraian kerana kematian suami

Agama Islam meletakkan institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang tinggi dan mulia terutama bagi pasangan suami isteri dimana hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri tetap mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Tuhan. Agama Islam amat benci kepada perceraian dan keruntuhan institusi kekeluargaan di mana ia boleh membawa kepada lebih banyak lagi permasalahan sosial.

          Bagi perceraian yang berlaku kerana kematian suami, tujuan 'iddah ialah untuk isteri menjaga hak-hak suaminya, kaum kerabat, menzahirkan perasaan sedih dan dukacita, membuktikan kesetiannya kepada bekas suami serta menjaga nama baik dan maruah diri dan keluarga agar tidak diperkatakan oleh orang lain.

          'Iddah adalah anugerah dari Allah untuk hamba-Nya yang membuktikan kasih sayang dan kesungguhan bagi memelihara dan menjaga keutuhan institusi kekeluargaan dalam Islam. 

         'Iddah terbahagi dua iaitu iddah isteri yang kematian suami dan iddah isteri bercerai hidup. Tempoh iddah isteri yang kematian suami ialah jika isteri mengandung maka idahnya selepas melahirkan anak. Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir. Dan jika Tidak mengandung, idahnya selama 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian.Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari. 

          





No comments: