Followers

Sunday 9 August 2015

Upgrade Diri- SOP Untuk Upgrade Diri

        Alhamdulillah...musibah yang melanda ada hikmahnya...Kepada insan senasib, perkara pertama selepas di uji adalah upgrade diri agar semakin dekat dengan Pencipta. Pada saya itu yang paling utama iaitu pengisian jiwa. 
         Apabila berlaku situasi seperti saya, biasanya mereka yang terpilih ini akan berasa bingung dan kehilangan... Terkejut dengan tragedi yang menimpa kerana tidak bersedia.Sakitnya kehilangan itu tidak terperi hanya mereka yang pernah melalui saja memahami...kerana kita berkongsi rasa....

Standard Operation Procedure (SOP) untuk Upgrade Diri:-(Peringatan buat diriku)

1. Semakin sakit dan perit, semakin dekatkan diri dengan NYA..

2. Buat perkara yang di sukai & dicintai olehNya dan tinggalkan segala larangan.

3. Jaga solat - Solat awal waktu - Tertib solat - Hadirkan diri sepenuhnya

4. Memahami setiap bacaan dalam solat- untuk lebih menghayati (sekiranya sebelum ini kita kurang menghayati)

5. Mengagungkan Al-Quran -jadikan sumber rujukan terutama di waktu hati resah - meletak Al-Quran di tempat tertinggi di rumah - Menghormati ayat2 al-Quran dengan mengambil whudu' dan menutup aurat ketika membacanya.

6.Basahkan lidah dan bibir dengan zikrullah...hayati..hingga ia meresap didalam jiwa-darah-denyutan jantung dan roh.(mula2 mmg kosong usaha dan doa, insha Allah..) 

7. Menghadirkan diri ke taman2 syurga iatu majlis2 ilmu..mendalami ilmu fardhu ain dan memperbaiki amalan harian diri...

-Selamat Beramal-

Salam Sayang...



No comments: